Biografi Demi Lovato

1992–2006: Kehidupan awal dan permulaan kerjaya

Lovato dilahirkan pada 20 Ogos 1992 di Albuquerque, New Mexico[11] kepada jurutera dan pemuzik Patrick Martin Lovato (1960 — 22 Jun 2013)[12] dan bekas ahli pasukan sorak Dallas Cowboys, Dianna De La Garza (nee Dianna Lee Smith; lahir 8 Ogos 1962).[13] Lovato mempunyai seorang kakak, Dallas (lahir 4 Februari 1988);[14] adik tiri bongsu, pelakon Madison De La Garza;[15] dan seorang kakak tiri, Amber,[16] yang kepadanya beliau bertegur sapa pada usia 20 tahun.[17]

Ibu bapa Lovato bercerai pada lewat pertengahan 1994, sejurus selepas ulang tahunnya ke-2.[18] Bapa Lovato berketurunan Mexico dan mempunyai jarak keturunan Portugis dan Yahudi,[19][20] sementara ibunya berketurunan Inggeris, Ireland dan Itali.[21][22] Melalui bapanya, Lovato ialah berketurunan veteran Kesatuan Perang Saudara Francisco Perea (1830–1913) dan gabenor Santa Fe de Nuevo México Francisco Xavier Chávez.[23] Lovato menemuinya menerusi AncestryDNA pada Februari 2017 yang beliau juga memiliki 16 peratus keturunan Skandinavia dan satu peratus keturunan Afrika.[24]

Lovato dibesarkan di Dallas, Texas.[25][26] Pada 2002, beliau memulakan kerjaya lakonannya di siri televisyen kanak-kanak Barney & Friends sebagi Angela.[27] Beliau mula bermain piano pada usia 7 tahun dan gitar pada usia 10 tahun.[28] semasa beliau memulakan kelas lakonan dan tarian.[29] Lovato memberitahu Ellen DeGeneres yang beliau telah dibuli dengan teruk, maka beliau minta untuk belajar di rumah,[30] dan beliau menerima diploma sekolah tinggi melalui pembelajaran di rumah pada April 2009.[31] Beliau kemudiannya menjadi jurucakap untuk pertubuhan anti-buli PACER dan muncul dalam America's Next Top Model untuk berbicara mengenai gejala buli.[32] Pada 2006, Lovato muncul dalam Prison Break, dan Just Jordan pada tahun berikutnya.[11]

Sehingga September 2015, nama Lovato muncul dalam senarai "Unclaimed Coogan", yang merupakan dana untuk pelakon kanak-kanak yang pendapatan mereka sebahagiannya ditahan, tetapi tidak dituntut oleh bekas penghibur kanak-kanak.[33]

2007–2008: Camp Rock dan Don’t Forget

Lovato mengadakan persembahan semasa Demi Live! Warm Up Tour pada 2008

Pada 2007 dan 2008, Lovato melakonkan watak Charlotte Adams dalam siri pendek Disney Channel As the Bell Rings.[34] Lovato diujibakat untuk filem televisyen saluran itu Camp Rock dan siri Sonny with a Chance pada 2007 dan mendapat kedua-dua peranan itu.[35] Lovato memegang watak utama, penyanyi berbakat Mitchie Torres, dalam Camp Rock.[36] Filem ini ditayangkan pada 20 Jun 2008 dan mencapai 8.9 juta penonton.[37] Runut bunyinya telah dikeluarkan tiga hari kemudian; bagaimanapun, muziknya dianggap sedikit persamaan dengan High School Musical.[38] Gillian Flynn dari Entertainment Weekly menulis bahawa kemahiran lakonan Lovato's tersimpang jauh dan beliau "mempunyai senyuman spontan seseorang yang sering memberitahu beliau mempunyai senyuman yang hebat".[39] Lovato menyanyikan empat lagu di dalam runut bunyi, termasuk "We Rock" dan "This Is Me".[40] Pada musim panas, beliau memulakan Demi Live! Warm Up Tour sebelum keluaran album sulungnya[41] dan muncul di konsert Jonas Brothers' Burnin' Up Tour.[42]

Album sulung Lovato, Don't Forget, dikeluarkan pada 23 September 2008, yang umumnya menerima ulasan positif dari pengkritik.[43][44][45] Michael Slezak dari Entertainment Weekly berkata, "Demi Lovato mungkin boleh memuaskan 'peminat tegarnya tetapi tidak boleh memenangkan pemuzik rock lain dalam Don't Forget".[46] Album ini menduduki nombor dua di carta Billboard 200, dengan minggu pertama jualan sebayak 89,000 unit.[47] 10 daripada lagunya telah ditulis bersama Jonas Brothers.[48] Don't Forget menerima pensijilan emas oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) untuk jualan AS melebihi 500,000 unit.[49] Single utamanya, "Get Back", telah dipuji kerana gaya pop rock dan menduduki nombor 43 di carta US Billboard Hot 100, terjual melebihi 560,000 unit di Amerika Syraikat[50][51][52] Single kedua album ini, "La La Land", telah dipetik kerana mempunyai unsur muzik rock yang kuat[53] dan menduduki nombor 52 di AS,[52] dan menaiki 40 teratas di Ireland dan United Kingdom.[54][55] Muzik videonya diarahkan oleh Brendan Malloy dan Tim Wheeler.[56]

2009–2010: Sonny with a Chance dan Here We Go Again

Lovato mengadakan persembahan semasa Jonas Brothers Live in Concert World Tour pada September 2010

Pada 2009, Lovato merakamkan lagu "Send It On", sebuah lagu amal dan lagu tema Disney's Friends for Change, bersama rakannya, Jonas Brothers, Miley Cyrus dan Selena Gomez.[57][58] Semua sumbangan dari lagu tersebut telah didermakan kepada program amal alam sekitar yang disokong oleh Tabung Pemuliharaan Seluruh Dunia Disney.[57] Sitkom beliau bersama Disney Channel, Sonny with a Chance, dengan watak lakonannya Sonny Munroe, ialah barisan pelakon baru So Random!, yang disiarkan pada 8 Februari.[59] Kebolehan lakonan Lovato telah dijelaskan oleh Robert Lloyd dari Los Angeles Times sebagai "amat bagus", dan beliau membandingkannya dengan bintang Hannah Montana Miley Cyrus.[60] Pada Jun, beliau berlakon sebagai Puteri Rosalinda / Rosie Gonzalez dalam filem Disney Channel, Princess Protection Program. Filem tersebut merupakan filem asal Disney Channel keempat dengan penarafan tertinggi sebanyak 8.5 juta penonton.[61]

Album kedua Lovato, Here We Go Again, dikeluarkan pada 21 Julai 2009;[11] beliau menjelaskan gaya akustiknya mempunyai persamaan dengan John Mayer.[62] Album ini menerima ulasan dari pengulas muzik yang menghargai elemen pop yang mengasyikkan, sepertimana ulasan yang diberikan pada album Don't Forget.[63] Album nombor satu pertama Lovato menduduki teratas di carta Billboard 200 dengan jualan minggu pertama sebanyak 108,000 unit.[64] Sebelum ia dipasarkan, beliau memulakan Summer Tour 2009.[65] Single pertama album ini, "Here We Go Again" menaiki nombor 59 di carta Billboard Hot 100 dan berjaya menduduki nombor 15, menjadi single solo Lovato dengan kedudukan tertinggi pada waktu itu,[66] Lagu ini menaiki nombor 68 di Canadian Hot 100 dan 38 di New Zealand.[67][68] Single kedua dan terakhir album ini, "Remember December" gagal meraih kejayaan sepertimana pendahulunya, tetapi menaiki nombor 80 di UK Singles Chart.

Beliau mengadakan konsert jelajah di 40 bandar, Live in Concert, bagi mempromosikan Here We Go Again. Konsert jelajah itu berlangsung dari 21 Jun hingga 21 Ogos 2009,[69] telah menampilkan David Archuleta,[69] KSM dan Jordan Pruitt sebagai persembahan pembukaan[70] Lovato dan Archuleta menerima Anugerah Choice Music Tour di Anugerah Pilihan Remaja 2009.[71] Pada Mac 2010, Lovato dan Joe Jonas merakamkan lagu "Make a Wave" sebagai single amal kedua untuk Disney's Friends for Change.[72] Pada Mei, Lovato melakonkan watak undangan sebagai remaja pesakit skizofrenia bernama Hayley May dalam episod Grey's Anatomy musim keenam, "Shiny Happy People".[73] Biarpun pengkritik memuji kebolehannya, mereka berasa kekok dengan lakonannya dan merasakan kemunculannya telah direka untuk menarik perhatian penonton.[74] Pada tahun berikutnya, beliau mengadakan jelajah antarabangsa pertamanya, Demi Lovato South American Tour,[75][76] dan menyertai jelajah Jonas Brothers Live in Concert sebagai artis tamu.[77]

Camp Rock 2: The Final Jam, dengan Lovato membawakan semula peranannya sebagai Mitchie Torres, disiarkan pada 3 September 2010.[78][79] Pengkritik berbelah mengenai plot filem itu, dan ia mempunyai penarafan kelulusan 40 peratus ke atas di Rotten Tomatoes.[80] Bagaimanapun, persembahan Lovato telah disifatkan "sungguh menarik" oleh Jennifer Armstrong dari Entertainment Weekly.[81] Filem ini ditayangkan kepada lapan juta penonton, filem televisyen kabel nombor satu tahun ini dengan jumlah penonton yang ramai.[82] Runut bunyi filem itu dikeluarkan pada 10 Ogos dengan Lovato menyanyikan 9 lagu, termasuk "Can't Back Down" dan "Wouldn't Change a Thing".[83] Runut bunyi tersebut menduduki nombor tiga di Billboard 200, dengan minggu pertama jualan sebanyak 41,000 unit.[84] Jonas Brothers Live in Concert telah diadakan bagi mewujudkan Lovato dan beberapa pelakon filem yang lain;[85] ia bermula pada 7 Ogos, dua minggu kemudian telah dirancang.[86] Runut bunyi Sonny with a Chance telah dikeluarkan pada 5 Oktober; Lovato menyanyikan empat lagu, termasuk "Me, Myself and Time".[87] Ia menduduki nombor 163 di carta Billboard 200, jualan runut bunyi beliau yang paling terendah.[88]

2011–2012: Unbroken dan The X Factor

Lovato mengadakan persembahan di Good Morning America pada Julai 2012 sebagai sebahagian dari siri Summer Concert

Pada bulan itu, Lovato mengumumkan pengundurannya dari Sonny with a Chance, mengambil cuti dari kerjaya lakonan dan mengakhiri siri tersebut;[89] beliau kemudiannya berkata akan kembali berlakon beliau beliau berasa yakin untuk berbuat kemudian.[90] Pemergiannya membawa kepada siri spin-off So Random! dengan barisan pelakon Sonny, menampilkan lakaran dari rancangan dalam rancangan. Siri tersebut dibatalkan selepas hanya bersiaran selama satu musim.[91] Lovato melancarkan album ketiganya, Unbroken, pada 20 September 2011.[92] Bermula pada Julai 2010, album ini bereksperimen dengan R&B dan menampilkan sedikit pop rock.[7] Album ini dan perubahan penggayaan menerima ulasan bercampur dari pengkritik, yang memperlihatkan perkembangan dalam muzik kerana kesungguhannya dan telah memuji vokal Lovato tetapi melihat muziknya lebih generik berbanding karya terdahulunya.[93] Rakaman tersebut merupakan kejayaan komersial, menduduki nombor 4 di carta Billboard 200, dengan jualan mencecah 97,000 unit pada minggu pertama keluarannya, dan mencapai jualan sebanyak 500,000 unit di Amerika Syarikat, menerima pensijilan Emas.[94]

Single utama album ini, "Skyscraper", telah dipuji kerana mesejnya yang berbentuk keyakinan dan sifat nurani,[95] menduduki nombor 10 di carta Billboard Hot 100, terjual 176,000 muat turun semasa minggu pertama pelancaran, menjadikan jualan minggu pertama tertinggi Lovato, sehingga keluaran "Heart Attack" pada 2013.[96] Lagu ini juga merupakan single Lovato yang berkedudukan tinggi selepas "This Is Me" mencapai nombor 9 pada Ogos 2008.[96] Lagu tersebut juga menduduki nombor 2 di carta Hot Digital Songs.[97] "Skyscraper" menerima anugerah Best Video With a Message di Anugerah Muzik Video MTV 2012.[98] Single kedua dan terakhir album ini, "Give Your Heart a Break", menduduki Billboard Hot 100 di nombor 16, menjadikan lagu dengan kedudukan tinggi Lovato yang keempat.[99] Ia juga menduduki nombor 12 di carta Adult Top 40, nombor 1 di carta US Pop Songs dan menjadi pendakian tertinggi oleh artis wanita di No. 1 dalam sejarah carta Lagu Pop.[52] Pada April 2014, lagu ini menerima tiga kali pensijilan platinum oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika Syarikat (RIAA); sehingga Oktober 2014, ia telah terjual sebanyak 2.1 juta salinan digital.[100]

Pada Mei, beliau menjadi juri musim kedua versi Amerika bagi rancangan The X Factor, dengan bayaran gaji yang dilaporkan sebanyak satu juta dolar.[101] Menyertai Britney Spears, Simon Cowell dan L.A. Reid,[102] ia telah diberitakan yang beliau telah dipilih bagi menarik perhatian penonton muda.[103] Menjadi mentor kepada kategori Dewasa Muda, CeCe Frey menamatkan saringan keenam.[104] Di Minnesota State Fair pada Ogos, Lovato mengumumkan bahawa selepas persembahan pra-pertunjukan di Anugerah Muzik Video MTV 2012,[105] beliau akan melancarkan single menjelang Disember.[106] Pada 24 Disember, beliau melancarkan sebuah video di akaun YouTube dirinya sendiri menyanyikan lagu "Angels Among Us" yang ditujukan khas kepada mangsa insiden penembakan Sekolah Tinggi Sandy Hook.[107] Pada Mac, beliau telah dimaklumkan kembali menjadi juri The X Factor musim ketiga,[108] with her salary reportedly doubling.[109]

2013–2014: Glee dan Demi

Lovato pada majlis Redlight Traffic's Inaugural Dignity Gala pada 19 Oktober 2013

Demi telah dikeluarkan pada 10 Mei 2013, album ini menampilkan pengaruh synthpop dan bubblegum pop dan menerima ulasan yang umumnya positif dari pengkritik muzik,[110] biarpun Jon Carmichael dari The New York Times melihat peralihan ceria Lovato, menurut Entertainment Weekly ia diketarakan dengan imej sedikit matang.[111][112] Album ini menaiki nombor tiga di carta Billboard 200 dengan jualan minggu pertama 110,000 unit, minggu pertama yang paling laris kerjaya Lovato.[113] Ia juga berjaya di peringkat antarabangsa, menaiki 10 teratas di New Zealand, Sepanyol dan UK.[114] dan telah menerima pensijilan Emas di AS.[115]

Pada 11 Jun, Lovato melancarkan sebuah e-buku, Demi, di iBooks.[116] Single pertamany, "Heart Attack," menduduki nombor 12 di carta US Billboard Hot 100, dengan jualan minggu pertama 215,000 unit.[117][118] Lagu ini menduduki nombor 10,[52] dan juga berjaya di UK, Australia dan Eropah.[119] Single kedua beliau, "Made in the USA" menaiki nombor 80 di carta Billboard Hot 100.[100] Single ketiga Demi, "Neon Lights", menduduki di carta US Billboard Hot 100 di nombor 36 dan di US Hot Dance Club Songs di nombor satu. Single keempat; "Really Don't Care" menampilkan penyanyi British Cher Lloyd,[120] menjadi single hits Lovato yang ketiga di carta US Dance chart dan memasuki carta Billboard Hot 100 di nombor 98 sebelum mencapai kedudukan carta di nombor 26.[121]

Lovato kemudiannya melancarkan versi deluxe album keempatnya, yang termasuk 7 lagu baru, terdiri dari 4 persembahan secara langsung dan 3 rakaman studio.[122] Salah satu daripada lagu tersebut termasuk kolaborasi bersama Olly Murs menerusi lagu di dalam album studio keempaatya, bertajuk "Up".[123] Lovato menyumbangkan album runut The Mortal Instruments: City of Bones dengan lagu "Heart by Heart".[124]

Lovato merancang untuk tampil dalam sekurang-kurangnya enam episod musim kelima Glee, bagaimanapun, beliau hanya muncul dalam empat episod. Beliau melakonkan watak Dani, seorang artis yang berpangkalan di New York yang berkawan dengan Rachel Berry (Lea Michele) dan Santana Lopez (Naya Rivera) dan tampil berinteraksi bersama pendatang baru watak Adam Lambert. Lovato muncul dalam episod kedua siri tersebut, yang disiarkan pada 3 Oktober.[125] Pada 19 November, beliau melancarkan buku, Staying Strong: 365 Days a Year, yang menduduki senarai jualan paling laris The New York Times.[126] Beliau telah bersetuju menulis memoir berkenaan, yang dijangka akan diterbitkan pada 2014.[127]

Beliau mengumumkan konsert jelajah Neon Lights Tour (termasuk putaran Kanada) yang akan datang pada 29 September 2013,[128] yang bermula pada 9 Februari 2014 dan berakhir pada 17 Mei.[129][130] Pada 21 Oktober, beliau melancarkan lagu "Let It Go" dari filem Disney Frozen, yang ditayangkan pada 27 November, dan telah dipromosikan sebagai single untuk runut bunyi filem tersebut.[131] Lagu ini menduduki carta US Billboard Hot 100 di nombor 38, bertahan selama 20 minggu di carta. Pada 18 Disember 2013, Lovato mengesahkan tidak akan terlibat dalam The X Factor bagi musim.keempat.[132] Pada 18 Mei 2014, "Somebody to You" menampilkan Lovato telah dikeluarkan sebagai single keempat dari album sulung kumpulan muzik British, fourth single The Vamps, Meet the Vamps.[133] Pada 29 Mei, beliau mengumumkan konsert jelajah keempatnya (jelajah dunia pertama, meliputi 25 bandar), Demi World Tour, dan tarikh Amerika Utara pertamanya.[134] Pada November 2014, Lovato membuka tirai persembahan UK di konsert Enrique Iglesias Sex and Love Tour.[135] Beliau juga bekerja dengan rakannya yang sekian lama dikenalinya, Nick Jonas untuk album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album bertajuk "Avalanche," dikeluarkan pada November 2014.[136] Lovato telah tampil dalam lagu bertajuk "Up", single kedua dari album keempat Olly Murs, Never Been Better.[137]

Lovato mengumumkan jenama penjagaan kulit dikenali sebagai Devonne by Demi yang akan menjengah pasaran pada Diaember 2014.[138] Beliau melancarkan muzik video untuk lagunya bertajuk "Nightingale" pada 24 Disember 2014 sebagai hadiah Hari Krismas untuk peminatnya.[139]

2015–2016: Confiident

Lovato di Philadelphia pada 25 Julai 2016

Album kelima Lovato, Confident, dikeluarkan pada 16 Oktober 2015,[140] dan menerima ulasan positif dari pengkritik muzik.[141] Album ini membuat kemunculan sulung di nombor dua di Billboard 200 dengan penjualan 98,000 unit pada minggu pertama.[142] Sepanjangan pembikinan album ini, Lovato mengulas: "Saya sudah memulakan rakaman untuk album terbaru saya, dan saya memiliki perancangan untuk merakamkannya semasa jelajah. Saya belum pernah begitu yakin pada diri sendiri sebagai seorang seniman ketika datangnya kepercayaan diri, tetapi bukan saaa hal-hal peribadi, tapi apa yang saya inginkan untuk suara saya menjadi dan apa yang saya tahu saya mampu dalam album ini memberikan kesempatan untuk menunjukkan kepada orang-orang apa yang saya boleh lakukan."[143] Pada Julai 2016, album ini menerima pensijilan emas oleh RIAA, dan telah terjual 211, 000 unit di Amerika Syarikat.[144] Lovato bersama Nick Jonas dan pengurusnya, Phil McIntyre bekerjasama bagi mewujudkan syarikat rakaman yang diberi nama Safehouse Records yang juga bekolaborasi dengan Island Records.[145][132][146]

Lovato melancarkan single utama dari Confident berjudul "Cool for the Summer" pada 1 Julai 2015, yang mencapai kedudukan nombor 11 di Billboard Hot 100.[147] Pada 18 September 2015, lagu "Confident" dikeluarkan sebagai single kedua dari album, yang mencapai kedudukan 21 di Billboard Hot 100.[148] Pada 17 Oktober 2015, Lovato menampilkan medley "Cool for the Summer" dan "Confident", serta "Stone Cold" dalam musim ke-41 rancangan Saturday Night Live.[149][150] Lovato juga berkolaborasi dalam lagu "Irresistible", single keempat dari album studio keenam Fall Out Boy, American Beauty/American Psycho.[151] Pada bulan yang sama, beliau menandatangani kontrak dengan agen pemodelan, Wilhelmina Models.[152] Pada 22 Oktober 2015 Lovato melancarkan muzik video untuk lagu "Waitin for You" yang juga menampilkan rapper Amerika, Sirah.[153] Pada 26 Oktober 2015, Lovato dan Nick Jonas mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert jelajah bersama dalam Future Now Tour.[154] Pada 21 Mac 2016, "Stone Cold" dikeluarkan sebagai single ketiga dan terakhir dari Confident, namun lagu ini tidak memasuki carta Billboard Hot 100 selain Bubbling Under Hot 100 di kedudukan #2. Pada 1 Julai 2016, Lovato mengeluarkan single terbaru berjudul "Body Say" untuk mempromosikan konsert Future Now Tour dan berjaya memasuki carta Billboard Hot 100 di kedudukan 84.[155]

2017–kini: Tell Me You Love Me

Pada Februari 2017, Lovato menjadi penerbit eksekutif bagi sebuah dokumentari, Beyond Silence, yang berkisarkan tiga individu dan pengalaman mereka berdepan dengan masalah kesihatan mental termasuk gangguan bipolar, skizofrenia, kemurungan, dan kegelisahan.[156]

Lovato tampil dalam lagu Cheat Codes, "No Promises", dikeluarkan pada Mac 2017[157] dan lagu Jax Jones "Instruction" bersama Stefflon Don, dikeluarkan pada Jun 2017.[158] Pada 2017, Lovato dimasukkan dalam senarai tahunan majalah Time 100 orang paling berpengaruh.[159][160] Pada 5 Mei 2017, Lovato mengumumkan pelancaran dokumentarinya, I Am: Demi Lovato yang akan dilancarkan di YouTube. Pada 8 Mei 2017, beliau mengumumkan kerjasama dengan jenama sukan Fabletics untuk menyokong inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Girl Up.[161] Lovato melancarkan single terbarunya berjudul "Sorry Not Sorry" yang akan dimuatkan dalam album studio keenamnya yang bakal dilancarkan pada 11 Julai.[162] Pada 23 Ogos, Lovato mendedahkan album studio terbarunya, Tell Me You Love Me telah dilancarkan pada 29 September 2017.[163]

Pada 26 Oktober 2017, Lovato dan DJ Khaled mengumumkan akan mengadakan jelajah Demi x Khaled pada Februari berikutnya.[164] Pada 17 November 2017, Lovato melancarkan single terbarunya Echamé La Culpa, dengan kolaborasi bersama Luis Fonsi.[165]

Lovato mengadakan persembahan di perhimpunan anti-keganasan March for Our Lives Washington, D.C. pada 24 Mac 2018.[166] Pada Mei, Christina Aguilera mengeluarkan sebuah lagunya dari album Liberation bertajuk "Fall in Line" menampilkan Lovato,[167] dan beliau juga tampil dalam lagu Clean Bandit "Solo".[168] Ia kemudian menjadi lagu nombor satu Lovato di United Kingdom.[169] Pada 21 Jun, penyanyi itu melancarkan single bertajuk "Sober" yang beliau sebut sebagai "kebenaran saya" dan membincangkan perjuangan dengan ketagihan dan ketenangan.[170]

Rujukan

WikiPedia: Demi Lovato http://www.ibtimes.com.au/demi-lovato-says-boyfrie... http://www.ultratop.be/nl/album/34b93/Demi-Lovato-... http://www.ultratop.be/nl/song/110bf5/Demi-Lovato-... http://www.huffingtonpost.ca/2015/10/19/demi-lovat... http://kidstvmovies.about.com/od/camprock/a/demilo... http://kidstvmovies.about.com/od/camprock/fr/campr... http://top40.about.com/od/singles/gr/Demi-Lovato-S... http://www.accesshollywood.com/videos/demi-lovato-... http://www.aeglive.com/news/view/10206 http://www.allmusic.com/album/here-we-go-again-mw0...